Kehidupan Demetrius dari Thessaloniki

St Demetrius dari Salonica (kurun ke-18). Muzium Seni Walters.

Kisah bertulis terawal mengenai kehidupannya dikumpul pada kurun ke-9, sungguhpun terdapat gambaran dia lebih awal, dan kumpulan Keanjaiban Saint Demetrius kurun ke-7. Menurut kisah awal ini, Demetrius dilahirkan pada keluarga Kristian warak di Thessaloniki, Greece pada tahun 270.[1] Biografi menggambarkan Demetrius sebagai pemuda dari keluarga senator yang ditikam dengan lembing sekitar 306 AD di Thessaloniki, semasa pembantaian Kristian oleh Maharaja Diocletian atau Galerius, yang menyamai gambarannya pada mozek kurun ke-7.